Tawar Khidmat Kejutkan Tidur Oleh Panggilan Dari Telefon Pelajar Perempuan

Gambar Hiasan
Negara matahari terbit Jepun merupakan negara kepada asal-usul ciptaan "walkman", kayu selfie dan penggunaan robot secara besar-besaran di dalam kilang.

Negara matahari terbit memang tidak asing lagi, merupakan pelopor pelbagai inovasi yang kemudian menjadi ikutan dunia.

Maka tidaklah mengejutkan pada dekad 80-an dahulu, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir pernah mengamalkan dasar pandang ke Timur bagi mendapatkan inspirasi bagaimana memajukan negara ketika berkrisis dengan negara Britain.

Begitu pun, tidak semua inovasi di Jepun dicipta untuk kebaikan orang ramai, contoh terbaik dan paling mengarut adalah mesin slot layan diri yang menjual seluar dalam terpakai.

Kini, sebuah lagi inovasi aneh dicipta oleh mereka iaitu JKMorning.

Ianya merupakan sebuah perkhidmatan panggilan bangun pagi daripada pelajar perempuan sekolah menengah khas untuk kaum lelaki.


Setiap pagi, pelanggan akan menerima panggilan bangun pagi sama seperti perkhidmatan yang biasanya ditawarkan di hotel.

JKMorning mendapat nama daripada perkataan "Joshi Kosei" yang bermaksud gadis sekolah menengah.

Pihak JKMorning mendakwa, kesemua panggilan yang diterima dari pihak mereka adalah daripada pelajar sekolah menengah sebenar.

Jadi sekiranya ada yang sukar bangun pagi dan hanya panggilan daripada pelajar sekolah rasa-rasanya dapat membangunkan anda dari dibuai mimpi, perkhidmatan JKMorning di Jepun ini sesuai untuk mereka.

Dengan panggilan telefon tersebut, maka tidak perlu lagi memulakan hari dengan bunyi bising jam loceng, sebaliknya ia akan digantikan dengan “selamat pagi senpai!”. -Kedahnews.com