Tengah Leka Kutuk Ahmad Maslan, Tiba-Tiba Beliau Tepuk Bahu Dari Belakang...

Rakyat Malaysia kini kembali kecoh dengan isu yang dibangkitkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, setelah namanya "sepi sementara" sejak berpindah kementerian.

Sebelum ini, beberapa cadangan Ahmad yang dilihat “lain daripada yang lain” sememangnya sering menjadi sebutan dan "troll" menyebabkan nama beliau menjadi sebutan ramai.

Dan kini setelah menyepi daripada sebarang isu kontroversi, Ahmad kembali mempopularkan namanya dengan isu buat dua kerja untuk jana pendapatan lebih.

Populariti beliau membuatkan namanya jadi sebutan dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk sekawan lelaki yang sedang menikmati makanan di kafe kementerian beliau sendiri.

Bagaimanapun menerusi gambar yang kini tersebar di media sosial, seorang daripada mereka dikatakan menahan malu apabila ketika sedang bercakap tentang Ahmad, bahunya tiba-tiba ditepuk dari belakang oleh seseorang.

Orang yang menepuk bahu itu tidak lain tidak bukan, Ahmad Maslan sendiri!


Tidak tahulah sama ada insiden mengutuk dan mempersenda "di belakang" Ahmad itu layak dikategorikan sebagai mengumpat atau tidak. Jika layak dipanggil mengumpat, maka tanggung sendirilah, kan?

Kami pun tidak tahu sama ada umpatan atau mengeji Ahmad itu akan memberi pahala kepada timbalan menteri itu atau tidak. Jika setiap umpatan itu akan beri pahala pada beliau, kami tidak tahulah berapa banyak pahala yang diperolehi Ahmad selama ini, kan?

Begitulah "budaya murni" orang Malaysia zaman sekarang, sentiasa mengikut cara hidup yang dianjurkan "Islam", kan? -Kedahnews.com