Gambar Hiasan |
Negeri Terengganu menjadi negeri ketiga selepas Johor dan Kelantan yang sebelum ini mengisytihar mengharamkan penggunaan vape di negeri masing-masing.
Kerajaan negeri itu akan menguatkuasakan pengharaman rokok elektronik selepas mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bersidang semalam memutuskan pengunaannya adalah haram kepada umat Islam.
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Osman Muda berkata, susulan dari keputusan tersebut maka kerajaan negeri akan mengadakan perjumpaan dan berbincang dengan semua peniaga vape di seluruh negeri berkenaan pada Ahad ini.
Memetik laporan Harian Metro, dalam perjumpaan itu nanti, para peniaga vape akan diberi penjelasan mengenai bahaya pengunaan rokok elektronik tersebut.
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri kali ke-4 yang bersidang semalam sebulat suara memutuskan vape adalah haram berasaskan dalil serta hujah Al-Quran dan hadis. -Kedahnews.com