MENGHAIRANKAN. Di mana sahaja umat Islam berada, pastinya di situ dihebohkan berlakunya penindasan dan pergolakan. Bukan sahaja sebagai penduduk minoriti, tetapi bumi yang diberi label sebagai negara Islam turut mengalami nasib sama.
Perkara itu dibuktikan menerusi pelbagai laporan media secara terus menerus menggambarkan keadaan umat Islam diperlakukan dengan kejam sehingga mengakibatkan kehilangan segala-galanya termasuk negara sendiri.
Realiti yang berlaku jelas bertentangan dengan janji Allah SWT untuk memelihara agama Islam dan menyebelahi hamba-Nya.
Doa umat Islam daripada seluruh dunia memohon pertolongan termasuk di Masjidilharam, tanah suci Mekah juga seakan ‘sia-sia’, sebaliknya semakin ramai yang terkorban dan kemusnahan terus berlaku. Sehinggakan umat Islam dikategorikan sebagai umat yang paling tertindas atau menghadapi krisis di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Jet Premier One, Kapten Norudin Abdul Majid berkata, sudah tiba masanya umat Islam menyedari bahawa bencana itu berlaku disebabkan kealpaan umat Islam sendiri dalam mengejar kehidupan dunia dan meninggalkan sunah Rasul iaitu berdakwah.
“Hari ini Allah SWT tunjukkan kepada kita, tanah kenabian, masjid dan juga al-Quran semuanya habis dimusnahkan. Malah ahli agama dan ulama mati dalam keadaan kejam.
“Siapa yang aturkan semua ini berlaku kalau bukan Allah SWT. Allah yang menggerakkan musuh-musuh Islam ini untuk membunuh, memperlakukan umat Islam dengan kejam.
“Ini kerana Allah SWT sudah berjanji, bila manusia tinggalkan agama-Nya, meninggalkan kerja kenabian, maka kemurkaan Allah akan datang. Dan ini adalah untuk Allah menggantikan umat tersebut dengan umat yang lain seperti yang berlaku terdahulu,” katanya
ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau yang aktif mengikuti jemaah dakwah tabligh di dalam dan luar negara berkata, tidak mustahil Malaysia akan mengalami nasib sama jika umat Islam tidak kembali kepada agama yang sempurna dengan melakukan dakwah.
DAKWAH BUKAN SEKADAR MAKLUMAT
Perkembangan pesat teknologi semasa menyaksikan segala urusan termasuk penyebaran maklumat kepada manusia ke seluruh dunia menjadi semakin mudah dan pantas.
Tidak ketinggalan peluang sama turut dimanfaatkan segelintir umat Islam bagi menyebarkan agama Islam dengan niat berdakwah kepada semua lapisan masyarakat pengguna siber tersebut.
Namun Norudin berkata, pelbagai medium semasa yang digunakan untuk menyebarkan Islam terutamanya dalam talian hanyalah sekadar perkongsian maklumat agama bukannya dakwah.
“Dakwah adalah memujuk hati manusia untuk memperingati dan mengenal pencipta iaitu menerusi kaedah berdepan atau secara terus. Inilah kerja dilakukan para nabi dan orang yang melakukan dakwah seperti ini adalah melakukan tugas seperti nabi.
“Menggunakan kaedah lain selain berjumpa umat sedikit lari daripada konsep dakwah sebenar, tetapi hanya menyampaikan maklumat atau pengetahuan agama. Inilah sebab mengapa Allah SWT menciptakan para nabi dan rasul dalam kalangan manusia yang mempunyai perwatakan dan gaya hidup untuk dicontohi,” ujarnya.
Malah, diturunkan para nabi dalam pelbagai latar belakang dan ujian juga, tambahnya, menunjukkan kepada umat Islam lumrah yang perlu ditempuhi oleh manusia dalam berdakwah.
Walau bagaimanapun, Norudin berkata perkongsian pengetahuan agama Islam menerusi pelbagai medium dan teknologi baru dibolehkan, namun jangan meminggirkan kaedah dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Tugas berdakwah bukan sahaja diletakkan kepada golongan atau kumpulan tertentu, sebaliknya menjadi tanggungjawab setiap umat Islam.
Norudin berkata, lebih-lebih lagi, golongan ternama dan ulama perlu memaksimumkan peranan masing-masing dalam menyampaikan dakwah secara terus dan berdepan dengan pelbagai lapisan masyarakat.
Ini menurutnya, membuatkan ajaran Islam semakin mudah diterima umum dan berkembang luas dengan penyertaan individu ternama di lapangan.
“Sedangkan nabi yang mulia bersama para sahabat keluar mencari umat untuk berdakwah. Bukan hanya menunggu umat datang. Ini kerana mereka yakin bahawa masa mereka, diri, harta semuanya adalah milik Allah SWT.
“Setelah Rasulullah wafat, orang yang berilmu atau ulama adalah pewaris nabi. Oleh itu, ustaz ustazah yang dikenali umum perlu turut menjalankan tugas berdakwah di lapangan selain menerusi saluran media atau jemputan ceramah yang dianjurkan secara rasmi.
“Pendakwah juga perlu ikhlas, tidak mengharapkan ganjaran atau sesuatu hasil lebih-lebih lagi keperluan dunia ketika berdakwah. Ini kerana manusia tidak dibenarkan berusaha kerana hasil sebaliknya hasil adalah milik Allah SWT tentukan,” katanya.
Namun tambahnya, kurang pengetahuan agama bukan menjadikan alasan bagi seseorang individu untuk tidak melakukan kerja dakwah menyampaikan Islam.
Ia adalah dengan menyertai kumpulan dakwah di tempat masing-masing yang ditubuhkan dalam usaha memperbaiki diri dan menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam.
“Rasulullah SAW juga dilahirkan dalam keadaan ummi (buta huruf), tetapi Allah memerintahkan baginda berdakwah mengajak umat kepada Islam. Ini kerana, apa yang Allah SWT mahukan adalah usaha, ketaatan dan kemahuan untuk menuntut ilmu.
“Tanpa dakwah, amal akan menjadi sia-sia, dan umat akan terus kecewa apabila amalan yang dilakukan, doa yang dipanjat tidak berhasil sehingga akhirnya menyalahkan kembali kepada Allah SWT kerana tidak menyebelahi umat Islam,” jelasnya.
Siapa sangka amalan yang selama ini dianggap sebagai ibadah dan dilakukan bagi memperoleh ganjaran daripada Allah SWT , dibimbangkan tidak mendatangkan apa-apa manfaat kerana ia dilakukan tanpa ilmu atau secara ikutan buta.
Perkara itulah dilihat berlaku kepada kebanyakan umat Islam di negara ini terutamanya generasi muda yang didakwa mengamalkan amalan campur aduk budaya dan agama.
Norudin berkata, permasalahan itu berlaku berikutan kurangnya gerakan dakwah, sebaliknya umat Islam hanya mengharapkan kepada maklumat yang diperturunkan oleh guru dan ibu bapa tanpa mempersoalkan sumber amalan tersebut.
“Allah SWT mengutus para nabi dan Rasul untuk mengajar manusia mengenai tujuan hidup sebenar, gaya hidup yang membawa kepada agama sempurna. Namun, Rasul terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW telah wafat dan meninggalkan kita lebih 1,400 tahun lalu.
“Ini membuatkan manusia hilang pedoman. Umat semakin jauh ditinggalkan, amalan agama diajar dalam pelbagai cara dan akhirnya membuatkan agama dan budaya telah dicampur aduk.
“Ramai yakin amalan yang dilakukan adalah agama, sedangkan ia adalah adat dan budaya. Apa yang dikhuatiri amalan dilakukan tidak diterima, malah doa yang tidak putus-putus dipanjatkan juga sia-sia kerana ibadah yang dilakukan adalah berdasarkan adat sesuatu budaya,” jelasnya.
Justeru katanya, berdakwah secara terus dengan menziarahi umat dari rumah ke rumah perlu dilakukan oleh semua umat Islam tanpa mengira latar belakang dan tahap pendidikan dalam usaha mempelajari agama sempurna dan mengamalkan ibadah cara nabi.
Ini juga tambahnya, penyebab Allah SWT menjadikan umat Islam akhir zaman sebagai umat yang mulia kerana diperintahkan untuk melakukan tugas tertinggi iaitu kerja nabi berdakwah kepada manusia lain.
Sumber: Utusan