Tips: 11 Waktu Berdoa Dikatakan Paling Mustajab Dikabulkan Allah SWT


Pasti ramai yang tidak tahu atau kurang tahu mengenai waktu-waktu yang paling mustajab untuk berdoa. Dalam erti kata lain situasi yang paling baik untuk berdoa.

Selalu kita dengar doa yang paling termakbul adalah doa orang teraniaya, doa ketika solat. Ini satu perkongsi untuk semua tentang waktu-waktu yang diberi keutamaan dan kemulian untuk berdoa.

Pertama, sepanjang malam terutama sekali waktu sepertiga malam yakni waktu sahur. Bagi umatnya yang berdoa Allah akan makbulkan, bagi yang meminta, Allah tunaikan dan bagi yang memohon keampunan, Allah akan ampunkan.

Kedua, ketika bangun tidur. Bagi umat yang terjaga dari tidur dan berada dalam keadaan bersuci lalu berdoa semasa terjaga di malam harinya, maka jika dia berdoa tentang sesuatu urusan di dunia dan akhirat, lalu permintaannya akan dimakbulkan dengan izin Allah.

Ketiga, ketika ayam berkokok. Jika kamu mendengar ayam itu berkokok, maka berdoalah, mohonlah keberkatan hidup. Kerana sesungguhnya ayam itu melihat malaikat.

Keempat, antara azan dan iqamat. Tidak aka nada doa yang ditolak sekiranya umatnya berdoa diantara azan dan iqamat.

Kelima, ketika sedang bersujud. Saat-saat kita piling hampir dan dekat dengan Tuhan adalah pada saat kita sedang bersujud. Lalu berdoalah kepada Allah ketika bersujud, mescaya akan diperkenankan permintaan hambanya itu.

Keenam, selepas berselawat dalam tahiyat terakhir. Nabi Muhammad S.A.W berfirman “mintalah kepada Allah nescaya akan diberikan dan mohonlah nescaya akan dipenuhi.


Ketujuh, selepas selesai solat lime waktu, yakni selesai solat Isyak.  Sabda Baginda Rasulullah, doa yang paling didengari oleh Allah adalah diwaktu ketika dipertengahan malam dan selesai solat fardhu.

Kelapan, ketika iman meningkat kerana ketaatan. Ketika keimanan kita bertambah kerana taatnya kita kepada Allah, nescaya Allah akan sentiasa ada bersama kita, sentiasa melindungi, sentiasa mendengar, dan sentiasa melihat apa yang dipohon hambanya.

Kesembilan, ketika diuji. Ketika kita ditimpa musibah, maka berdoalah. Ketika diberi ujian yang berat, berdoalah, kerana doa orang yang ditimpa kesusahan itu dimakbulkan Allah.

Kesepuluh, doa-doa orang yang bermusafir. Nescaya Allah akan memperkenankan doa-doa orang yang bermusafir. Terkandung dalam riwayat Al-Tirmizi, “ tida doa yang tidak akan ditolak: Doa orang yang dizalimi, doa orang bermusafir dan doa bapa kepada anaknya.

Kesebelas, ketika hujan turun. Dalam satu riwayat Abu Dawud ada menyebut “ berdoalah pada waktu yang mustajab iaitu berdoa sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun.

Itulah 11 waktu yang terbaik untuk berdoa untuk pengetahuan pembaca. Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeza-beza. Akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut.

Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan, selamat mencuba!-TiraGomez/Kedahnews.com