Bayi dan tangisannya sememangnya berpisah tiada kerana itulah cara mereka memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu sama ada mereka lapar mahukan makanan, mengantuk, buang air besar atau buang air kecil.
Namun, terdapat juga situasi di mana bayi menangis tanpa henti hingga membuatkan para ibu bapa menjadi panik, pening kepala dan tidak tahu cara untuk mengatasinya.
Kadangkala, ada ibu bapa yang menyangka anak mereka menangis kerana dirasuk jin atau syaitan sehingga terpaksa memanggil dukun, bomoh, pawang dan sebagainya untuk 'berubat' secara tradisional.
Melihat permasalahan yang sering dialami ramai ibu bapa ini, seorang doktor pakar kanak-kanak, Robert Hamilton telah mendedahkan satu teknik mudah dan selamat untuk menenangkan bayi sekaligus menghentikan tangisannya.
Caranya hanyalah dengan melipat tangan kiri dan kanan bayi ke dada sambil mendukung mereka dengan tangan kiri, manakala tangan kanan menyokong dagu bayi sebagaimana yang paparkan video dibawah.
Sekiranya gagal juga, sila bawa berjumpa doktor pakar kanak-kanak.
Namun tidak berkesan juga dan bayi kita masih terus menangis tidak henti-henti, mohon ibu bapa berkenaan supaya bersabar dan mencari jalan bertemu dengan ustaz-ustaz yang mengamalkan kaedah perubatan Islam yang diiktiraf tidak menyeleweng.
Jika tidak berhenti juga, mungkin ada hikmah dari apa yang berlaku. Tapi janganlah sampai tukar nama bayi anda kepada Ahmad Albab atau Siti Albab pula.
Paling mustajab, ibu bapa bayi berkenaan berdoalah kepada Allah SWT kerana kepada Dialah tempat kita memohon pertolongan, apatah lagi doa dari kedua ibu bapa buat anaknya adalah tidak berhijab serta akan dikabulkan Allah, kan? Wallahu'alam. -Kedahnews.com