TM Nafi Dakwaan Rancang Tamatkan Khidmat Streamyx


KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia Bhd (TM) memberikan penjelasan tentang satu artikel bertajuk “TM said to Terminate Streamyx Services” (TM dikatakan bakal menamatkan perkhidmatan Streamyx) yang disiarkan sebuah akhbar harian, hari ini.

“Artikel yang disiarkan hari ini mengelirukan kerana kami tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menamatkan perkhidmatan Streamyx kami. ”

Kami ingin memberi jaminan bahawa Streamyx akan kekal dalam portfolio jalur lebar kami dan TM komited menyediakan kepada orang ramai perkhidmatan jalur lebar yang paling dipercayai,” kata syarikat itu. – BERNAMA