Lazira sanggup berhenti kerja bagi menguruskan keperluan ibunya. |
ALOR SETAR - Bekas tukang jahit dari Kampung Tok Keramat, Sungai Baru, di sini, sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya yang kini terlantar.
Lazira Ismail, 38, berkata, ibunya, Jamaliah Baharom, 65, kini terlantar sakit setelah diserang angin ahmar tiga bulan lepas.
"Kami terpaksa bergantung sepenuhnya terhadap pendapatan suami, Mohd Zahir Mokhtar, 55, sebagai penjual surat khabar untuk belanja keperluan ubat ibu.
"Jika dulu saya mampu memperoleh pendapatan sekitar RM400 hingga RM500 dengan membaiki pakaian di Ukir Mall, kini saya terpaksa berhenti kerja," katanya.
Lazira berkata, ibunya sudah tidak berupaya menguruskan diri sendiri selepas tidak sedarkan diri pada 13 September llalu, sebelum menjalani pembedahan buang darah beku.
"Saya sendiri berdepan kesukaran untuk menguruskan ibu terutamanya ketika memberi makanan kerana ibu mudah tersedak.
"Saya juga perlu memantau perkembangan ibu setiap 15 minit untuk memastikan kahak dibuang melalui saluran tiub khas di bahagian tekak ibu," katanya.
Lazira berkata, dia memerlukan lebih RM3,000 untuk membeli katil khas dan tilam angin disarankan doktor untuk kemudahan urusan ibunya.
Menurutnya, mereka juga perlu menanggung kos keperluan dan ubat ibunya sekitar RM1,000 sebulan seperti membeli lampin dewasa dan susu formula khas.
Bagi mereka yang berhasrat meringankan beban Lazira sekeluarga boleh hubungi talian 012-4310344 atau sumbangan melalui akaun CIMB Bank Lazira (7610541666).

Sumber: Sinar Harian