CYBERJAYA – Generasi muda perlu didedah kepada kemahiran memprogram robot sejak kecil bagi memupuk minat dan kesedaran selain meningkat jumlah pakar robotik negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata walaupun kesedaran masyarakat dalam kemahiran berkaitan memprogram robot adalah tinggi berbanding beberapa tahun dahulu, namun Malaysia masih belum sampai tahap canggih dalam bidang tersebut.
“Oleh itu Malaysia perlu lebih ramai orang yang kenal robot dan tahu macam mana untuk buat programming (robot). Pembuatan kereta juga menggunakan robot yang diprogram untuk buat kimpalan dan memasang pelbagai alat,” katanya kepada pemberita.
Beliau berucap pada pameran dan bengkel Hari Robot 2015 di Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) di sini semalam.
Katanya kemahiran memprogram robot akan menjadi sangat penting, kerana pada masa hadapan banyak kerja yang dilakukan secara manual sekarang akan dikendalikan oleh robot yang diprogram untuk melaksanakan sesuatu tugas.
Program sehari itu dianjurkan oleh DreamEDGE Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat Jepun, Zenkoyen Co Ltd.
Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah dan bengkel mengenai pengenalan robot, mempelajari asas memprogram robot dan cara menguasai kemahiran robotik.
Lebih 100 orang murid-murid hadir pada program tersebut.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DreamEDGE Sdn Bhd, Khairil Adri Adnan berkata program berkenaan diilhamkan dari program yang dilaksanakan di Jepun yang mendedahkan kanak-kanak seawal usia prasekolah dengan ilmu robotik. – BERNAMA