Tunjuk Isyarat Lucah Pada Sultan Johor? Nah, Terima Habuan...


JOHOR BAHRU – Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan kerana dipercayai menunjukkan isyarat lucah sewaktu konvoi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar melalui Kilometer 95, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Yong Peng, pagi kelmarin.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd yang mengesahkannya berkata pada kejadian kira-kira 11.20 pagi itu, suspek yang menaiki kereta Perodua Viva dipercayai menunjukkan isyarat berkenaan ketika Sultan Johor berangkat pulang daripada lawatan baginda di Muar.

“Suspek kini dalam tahanan polis dan akan disiasat mengikut Seksyen 506 dan 509 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.

Wan Ahmad Najmuddin berkata suspek kini direman empat hari untuk siasatan. – BERNAMA