VIDEO: "Demam Star Wars", Susun Coklat Bentuk Ikon Epik


Arkitek dan lulusan Master Seni Bina dari Universiti Melbourne, Red Hong Yi sebelum ini pernah mendapat liputan meluas apabila menghasilkan lukisan Yao Ming dengan bola keranjang, Jay Chou dengan kopi dan orang teh tarik menggunakan 20,000 uncang teh.

Sememangnya kemahiran Red menggunakan barangan harian bagi menghasilkan satu kerja seni yang menarik amat dikagumi ramai.


Terbaru, demam “Star Wars” menyaksikan dia menghasilkan satu lagi hasil kerja kreatif yang mengkagumkan.

Menggunakan coklat-coklat yang dipacak hingga menimbulkan suatu imej bayang watak-watak Star Wars, Red turut menggunakan daun-daun kering sebagai bahan kerja untuk kerja seninya kali ini.

Berikut adalah karya seni terbaru Red yang bertemakan "Star Wars" berkenaan. -Kedahnews.com

1. Star Wars
red-hong-yi-8
2. Princess Leia Skywalker
red-hong-yi-5
3. Darth Vader
3
4. R2-D2

red-hong-yi-6