VIDEO: Opsss..! Tersalah Umum Nama Juara Miss Universe 2015...


Hos pertandingan Ratu Cantik Dunia 2015, Steve Harvey dilaporkan tersalah umum pemenang ketika membuat pengumuman juara Miss Universe 2015 dalam sebuah program yang disiarkan secara langsung semalam.

Steve membuat kesilapan dengan mengumumkan Ratu Colombia, Ariadna Guttierez sebagai pemenang, sedangkan sepatutnya gelaran tersebut sebenarnya dimenangi oleh Ratu Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach.

Kegembiraan Ariadna memakai tiara itu hanya berpanjangan selama dua minit sebelum Steve menyedari dia telah membuat kesilapan besar dalam mengumumkan nama pemenang acara besar itu.

Sejurus itu, Steve telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafannya yang tersalah membaca nama pemenang tertera dalam kad keputusan tersebut.

Acara Miss Universe 2015 kali ini berlangsung meriah di The AXIS, Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat. –Kedahnews.com