ALOR SETAR - Seorang mahasiswi yang dikatakan tegar berfahaman Syi'ah mendedahkan bahawa pihaknya hanya mengamalkan solat di dalam tiga waktu sahaja setiap hari, tidak seperti yang diamalkan ahli Sunnah Wa Jama'ah (ASWJ).
Katanya, solat subuh dilakukan di waktu subuh seperti biasa, manakala solat zohor dan asar dihimpunkan sekali di dalam satu waktu sama seperti solat maghrib dan isyak yang turut ditunaikan di dalam satu waktu.
"Kita orang solat, tapi tiga waktu la.." katanya mengesahkan amalan yang bercanggah dengan amalan bagi ASWJ menerusi satu rakaman temu bual yang kami terima secara eksklusif dari seorang Ustaz yang bertahun-bertahun memantau aktiviti Syi'ah di Kedah.
Mahasiswi berkenaan turut menjelaskan tentang amalan satu lagi jenis fahaman Syi'ah yang dikenali sebagai "Syi'ah Rifadhah" yang dikatakan langsung tidak menunaikan solat berbanding fahaman yang dipegang olehnya.
Temu bual tersebut adalah siri kedua, susulan dari siri "pengakuan mahasiswi" yang dikenal pasti terjebak dengan fahaman Syi'ah yang difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam sebenar sebagaimana yang pernah Kedahnews.com siarkan sebelum ini.
Bagi umat Islam di Malaysia yang mengamalkan ASWJ, solat Zohor waktunya bermula pada ketika matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda tersebut.
Sementara itu, solat Asar pula waktunya ditunaikan setelah waktu Zohor tamat, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir sehingga terbenamnya matahari.
Solat Maghrib bermula setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang, manakala solat Isyak waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar sadiq.
Sementara itu, solat Subuh pula adalah bermula setelah terbit fajar sadiq sehingga terbitnya matahari.
Bagaimanapun, kaedah waktu solat yang diamalkan puak berfahaman Syi'ah itu hanyalah diamalkan golongan ASWJ di dalam waktu-waktu tertentu yang diharuskan amalan 'rukhsah' seperti penjalanan jauh yang cukup jarak marhalahnya dan sebagainya.
Berikut di bawah adalah sambungan rakaman audio berkenaan. -Kedahnews.com
Sii Ke-II Ancaman Syi'ah Di Kedah: Pengakuan Mahasisiwi
Posted by Kedahnews.com on Saturday, December 5, 2015