VIDEO VIRAL: "Wak Doyok" Teruja Sampai Goyang Kepala Azmin Ali?


Kejayaan pasukan bola sepak Selangor memenangi Piala Malaysia buat kali ke-33 pastinya meninggalkan kenangan yang cukup manis buat anak jati negeri itu.

Dan kami yakin bahawa perkara yang paling menarik bago rakyat Selangor adalah mungkin disebabkan kemenangan itu maka satu Selangor diberi cuti peristiwa pada hari ini.

Namun dalam banyak-banyak insiden yang dikongsikan mengenai kejayaan Selangor itu, yang paling mencuit hati netizen ialah rakaman video di mana seorang pemain import pasukan itu dengan selambanya mengoyang-goyangkan kepala Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sekiranya tidak silap, pemain yang menggoyangkan kepala Azmin itu ialah Guilherme de Paula atau lebih dikenali sebagai "Wak Doyok" di dalam pasukan The Red Giants.

Mungkin disebabkan perasaan teruja dan gembira terlalu menguasai diri, pemain itu terus terlupa yang ada VIP di celah-celah pemain bola sepak dan pihak pengurusan ketika itu.

Saksikan video tersebut dibawah. -Kedahnews.com

Posted by Kedahnews.com on Monday, December 14, 2015