Vin Diesel, Tyrese Peringati Genap 2 Tahun Kematian Paul Walker


Kelmarin, maka genaplah dua tahun pemergian aktor Paul Walker yang maut dalam nahas kemalangan di California bersama rakannya yang memandu kenderaan pada hari kejadian, Roger Rodas.

Seperti mana yang diketahui, kematian mengejut pelakon kacak itu cukup meninggalkan momen pahit buat dua sahabat baiknya, pelakon filem Fast & Furious, Vin Diesel dan Tyrese Gibson.


Demi mengenang sahabat mereka itu, Vin dan Tyrese masing-masing menulis satu status tribute kepada mendiang.

Tyrese yang juga seorang model, menulis, “It’s still not easy… 2 years ago today.. We lost our brother” (Masih sukar untuk melupakannya… 2 tahun sudah berlalu.. kami kehilangan sahabat baik kami).


Sementara itu, Vin pula meluahkan rasa hatinya, “No matter where you are in this universe…You will always be, my brother (Tak kira di mana sahaja awak berada, awak akan sentiasa menjadi rakan baik saya). –Kedahnews.com