Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim |
KUALA LUMPUR – “Ya, saya suka menunjukkannya. Itu harta saya, dan bukannya saya mencurinya”.
Demikian titah Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulas kritikan segelintir pihak kononnya baginda suka menunjukkan kekayaannya kepada umum.
Titah Tunku Ismail, baginda tidak seperti segelintir pihak lain yang berharta tetapi tidak menunjukkan kerana sebab-sebab tertentu.
“Saya tidak terkejut mengapa sesetengah orang berdiam sahaja, kerana ada yang menerimanya daripada melobi Kerajaan Persekutuan dan mungkin juga daripada rakyat tentulah mereka takkan menghebahkannya.
“Saya lebih berterus terang. Harta saya daripada hasil estet kelapa sawit dan pegangan saham saya dalam syarikat-syarikat yang melabur di negeri Johor. Saya tiada berahsia,” titah baginda menerusi laman Facebook Johor Souhtern Tigers semalam.
Titah Tunku Ismail, baginda mempersoalkan pihak yang tidak senang dengan tindakannya menunjukkan hartanya kepada umum kerana itu adalah urusannya.
“Kenapa ada yang tidak senang dengan hal tersebut? Anda mahukan seperti itu? Berusahalah bersungguh-sungguh. InsyaAllah, dengan izin Allah, anda juga mampu mencapainya,” titah baginda lagi.
Baginda yang juga Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negara Johor (PBNJ) dalam pada itu menerangkan keputusan mengambil bekas pemain Terengganu, Paulo Rangel sebagai pemain import baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) dibuat oleh jurulatih Mario Gomez.
Titah baginda, Mario diberi kuasa dan ruang sepenuhnya oleh pihak pengurusan untuk membuat keputusan siapa yang beliau mahu serapkan ke dalam pasukan JDT.
“Sekiranya ianya berhasil, sudah bagus. Sekiranya tidak berhasil, ubahlah. Hidup ini mudah, jangan sulitkan keadaan,” titah Tunku Ismail. –Kedahnews.com