Zahirah MacWilson yang mengakui dirinya selesa bersama pelakon lelaki, Zul Ariffin sekali lagi berdepan dengan komen negatif dari kalangan warga netizen.
Kali ini, dia digelar sebagai perampas dan sial pula.
"Saya tidak mahu nampak menunjuk atau meraih simpati orang ramai dengan menunjukkan kesan cakar penculik di lengan dalam Instagram sebagai bukti membela diri.
"Begitu juga kisahnya gambar-gambar Ayda dipadam di Instagram Zul. Itu semua hak Zul bukan atas arahan saya, tapi entahlah, semuanya salah saya," katanya dalam satu kenyataan kepada media.
Zahirah mengatakan bahawa apa saahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau akan ditukarkan menjadi negetif oleh segelintir pembenci dan adalah lebih baik jika beliau mendiamkan diri.
Beliau juga mengakui pada awalnya berasa sedih apabila membaca komen-komen dari pembenci yang sering menghina dirinya.
"Sebagai contoh ada yang kata saya sial, sengaja mencederakan diri dan sebagainya.
"Kalau boleh, saya tidak mahu kontroversi yang terjadi menggugat minat saya untuk terus berlakon," jelasnya lagi.
Zahirah dalam keluhannya menyatakan bahawa dia juga merupakan manusia yang mempunyai kawan dan juga mempunyi naluri untuk jatuh cinta.
Dia juga menyifatkan Zul memiliki sifat kekeluargaan dan berasa sangat serasi bersama Zul. -Kedahnews.com