Tirai 2015 bakal ditutup dengan berita insiden malang yang menimpa seekor kucing yang diberi nama Tam, hasil tangan manusia durjana yang mungkin berhatikan syaitan!
Terlalu kejam dan tidak berperi kemanusiaan, seekor kucing menerima azab apabila badannya ditetak berkali-kali dengan objek tajam sehingga menampakkan isi dan dagingnya.
Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenar kucing yang bergelar Tam itu diperlakukan begitu kejam, namun ia telah dijumpai oleh pemiliknya ketika dia hendak memberi makanan kepada haiwan malang itu.
Pemiliknya yang terkejut dengan keadaan haiwan kesayangannya itu terus bergegas membawanya ke klinik veterinar berhampiran dan mujurlah doktor memberitahu bahawa kecederaan yang menimpa haiwan terbabit tidak mengakibatkan tulangnya patah.
Posting berkaitan kejadian kekejaman terhadap haiwan kesayangan Rasulluah itu telah membuat warga netizen di laman sosial mengecam keras tindakan pelaku yang disifatkan sebagai keterlaluan.
Meskipun haiwan tersebut ada melakukan sesuatu yang diluar dugaan kepada pelaku, tergamakkah kita menetak haiwan tersebut yang tidak dikurniakan akal sehingga ‘terburai’ sebegitu kejam?
Adalah berdosa besar bagi sesiapa yang melakukan penganiayaan sesama makhluk tuhan.
Menurut maklumat, Tam telah menerima puluhan jahitan dan dilaporkan semakin sihat yang kini berada dalam jagaan pemiliknya. -Kedahnews.com