Zarina Anjolie Sudah Kahwin, Kini Menetap Di Brunei?


PELAKON kontroversi, Zarina Anjoulie dikhabarkan sudah berkahwin dengan jejaka kelahiran Brunei, dikenali sebagai Pengiran Ilham Syazwan.

Malah menerusi info bio di laman sosial Instagram, Zarina menulis, “Wife to PG Ilham Syazwan.”


Walaupun tidak mendedahkan kepada pihak media, namun pelakon yang sering mencetus kontroversi itu dikatakan telah mendedahkan identiti lelaki berkenaan sebagai suaminya bagi menjawab pertanyaan peminat di Instagram.

Dia juga banyak berkongsi gambar jejaka tersebut di akaun media sosialnya.


Dalam penulisannya Zarina berkata, dia berasa bertuah ditemukan dengan suaminya, dua anak tiri serta keluarga mertua.

Menurutnya lagi jika dia masih menetap di Kuala Lumpur dan terus berkecimpung dalam bidang seni, berkemungkinan perkara itu akan lebih "merosakkan" dirinya.


Sekiranya benar, maka sama-samakan kita doakan semoga Zarina bahagia dalam meniti kehidupan baharu sebagai isteri kepada jejaka idamannya. -Kedahnews.com