360Fly x Bell Star |
Realitinya, teknologi seperti itu sebenarnya belum lagi sampai ke tahap tersebut di era terkini, namun ciptaan helmet terbaru 360Fly x Bell Star itu mampu menjadi pencetus idea kepada teknologi “wearable headgear”.
Helmet pintar yang merupakan projek kolaborasi antara dua jenama ini membolehkan si pemakai merekod video 360 darjah dalam resolusi Ultra HD.
Bukan itu saja, ia juga dilengkapi dengan fungsi live streaming dengan penggunaan tambahan aksesori Micro-HDMI.
Selain fungsi kamera, helmet pintar ini mempunyai ciri Autopilot motion tracking.
Sekiranya memakai helmet itu, maka kita boleh kesan orang yang berada di depan kita dan ia akan ikut pergerakan individu tersebut mengikut kehendak pemakainya.
Tidak ketinggalan, helmet berkenaan juga mempunyai ciri keselamatan yang memberi amaran tentang kemungkinan insiden pelanggaran yang boleh berlaku.
Walaupun harga helmet dan tarikh penjualannya belum dapat dipastikan, kita boleh mengikuti perkembangan helmet berteknologi pintar terbaru itu melalui pengumuman di laman web rasmi 360Fly. -Kedahnews.com