"Abam-Abam Sado" Bomba Sekali Lagi Hiasi Kalender Tahunan 2016


PETALING JAYA - Ia adalah kalendar meja paling hangat di Malaysia yang tidak pernah anda lihat.

Atau mungkin juga anda tidak akan melihatnya selain daripada menerusi artikel ini.

Kelendar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia edisi 2016 akhirnya sedia untuk diedarkan namun kali ini ia kelihatan lebih sukar untuk diperolehi.

Sebelum ini kalendar jabatan itu dicetak untuk edaran dalaman, jadi dijangkakan perkara sama juga bagi edisi terbaharu ini.

Walaupun kalendar 2015 tidak diedarkan kepada umum, namun ia menjadi sangat popular apabila orang ramai menyuarakan keinginan mereka untuk mendapatkannya melalui laman sosial Jabatan Bomba.

Akhirnya, cetakan semula dibuat untuk memenuhi permintaan yang besar.

Kalendar tahun ini telah dikeluarkan secara lebih senyap tanpa sebarang hebahan di media sosial.

Namun tidak mustahil peminat pasukan itu akan mengetahui tidak lama lagi.

Wartawan The Star diberikan salinan malah mendapat kebenaran untuk berkongsi kandungannya untuk kebaikan awam.

Sama seperti versi 2014 dan 2015, namun edisi tahun ini menampilkan lebih ramai ahli bomba berbadan sasa sebagai model.

Walaupun kalendar ini tidak dijual, namun berdasarkan pengalaman tahun-tahun terdahulu jabatan itu akan mengedarkannya secara percuma dalam acara anjuran mereka.

Sumber: mStar