Berbanding dengan 10 tahun dahulu, pemakaian hijab pada masa kini dilihat lebih menarik dan up to date dengan rekaan menampilkan pelbagai warna, kain dan variasi gaya.
Dilaporkan, nilai jualan hijab sepanjang 2015 sahaja mencecah AS$1 Billion di mana di Malaysia sahaja, hijab berjenama Naelofar milik selebriti comel Nur Neelofa dilaporkan terjual RM50 juta tahun lalu.
Akan tetapi, tidak semua rekaan baharu berjaya menyelesaikan satu masalah pemakai hijab sejak dulu iaitu kesukaran memakai fon telinga.
Oleh itu, hijab Ninja Echo ini dihasilkan pereka Singapura, Adlina Anis.
Ianya mampu membantu muslimah yang aktif bersukan misalnya, untuk mendengar muzik dengan mudah sambil melakukan aktiviti fizikal.
Pada rekaan hijab terdapat lubang kecil di kawasan telinga pemakai yang membolehkan fon telinga disangkut dengan mudah.
Ianya menggunakan kain jenis rayon dan jersi yang mudah kering supaya peluh tidak membuat si pemakai rasa tidak selesa ketika bersenam.
Dijual SGD35.90 (RM109.72) sepasang, Ninja Echo adalah contoh inovasi fesyen yang menunjukkan bahawa menutup aurat tidak semestinya menyukarkan muslimah menjadi mesra teknologi.
Sebelum ini, kami pernah paparkan hijab kalis air dan tidak perlu digosok, juga direka khas untuk muslimah aktif. –Kedahnews.com