Mia Sara Nasuha |
PETALING JAYA - Pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha mendedahkan sejak dia membuat keputusan menutup aurat dengan bertudung, tawaran lakonan yang diterimanya semakin berkurangan.
Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 11, bagaimanapun akur dengan perkara itu kerana sudah bersedia dengan segala kemungkinan sejak membuat keputusan berkenaan pada Disember tahun lalu.
"Tawaran lakonan semakin kurang dan saya faham mengapa saya tidak diambil berlakon. Tidak mengapa kerana Allah akan memberi rezeki lain kepada saya nanti.
"Malah saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin berlaku selepas saya membuat keputusan mahu bertudung," katanya kepada mStar Online.
Mia ditemui pada majlis pelancaran Cereal-Caliph Nutrion For Eyes di Flora Terrace baru-baru ini.
Dalam pada itu, kata Mia, dia bersyukur apabila rezekinya dapat dilihat menerusi bidang perniagaan yang diceburinya di mana sambutan jualan tudung miliknya iaitu MS Couture sangat menggalakkan.
Mia dan Fynn bersama pengarah Urusan Raffelinna, Muhammad Rafi’e Ramli pada pelancaran Cereal-Caliph Nutrion For Eyes.
.
"Walaupun kurang tawaran, rezeki saya lebih kepada hasil jualan tudung menerusi label milik saya iaitu MS Couture secara online. Selain itu saya juga dapat memberi fokus penuh pada pelajaran," tuturnya.
Sementara itu, kata Mia, perubahan imejnya itu juga disifatkan sebagai satu keputusan yang sangat tepat apabila dia tidak lagi dikutuk rakan-rakan sekolah seperti yang sering dilaluinya sebelum ini.
"Saya bersyukur, perubahan yang saya lakukan ini memberi banyak kebaikan pada diri saya.
"Kawan-kawan tidak mengganggu atau mengutuk saya lagi. Sebaliknya mereka memuji saya. Malah pada hari pertama saya ke sekolah memakai tudung, saya diserbu kawan-kawan pula.
"Pengikut-pengikut di Instagram pun sama. Mereka tidak lagi mengkritik saya sembarangan. Alhamdulillah, saya ambil setiap perkara ini secara positif," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Mia sehingga kini masih lagi merupakan duta kepada produk makanan tambahan Caliph bersama penyanyi Fynn Jamal yang dilantik sebagai duta kecil. Caliph merupakan produk syarikat Raffelinna Sdn Bhd.
Sumber: mStar
Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 11, bagaimanapun akur dengan perkara itu kerana sudah bersedia dengan segala kemungkinan sejak membuat keputusan berkenaan pada Disember tahun lalu.
"Tawaran lakonan semakin kurang dan saya faham mengapa saya tidak diambil berlakon. Tidak mengapa kerana Allah akan memberi rezeki lain kepada saya nanti.
"Malah saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin berlaku selepas saya membuat keputusan mahu bertudung," katanya kepada mStar Online.
Mia ditemui pada majlis pelancaran Cereal-Caliph Nutrion For Eyes di Flora Terrace baru-baru ini.
Dalam pada itu, kata Mia, dia bersyukur apabila rezekinya dapat dilihat menerusi bidang perniagaan yang diceburinya di mana sambutan jualan tudung miliknya iaitu MS Couture sangat menggalakkan.
Mia dan Fynn bersama pengarah Urusan Raffelinna, Muhammad Rafi’e Ramli pada pelancaran Cereal-Caliph Nutrion For Eyes.
.
"Walaupun kurang tawaran, rezeki saya lebih kepada hasil jualan tudung menerusi label milik saya iaitu MS Couture secara online. Selain itu saya juga dapat memberi fokus penuh pada pelajaran," tuturnya.
Mia dan Fynn bersama pengarah Urusan Raffelinna, Muhammad Rafi’e Ramli pada pelancaran Cereal-Caliph Nutrion For Eyes |