Alat Mainan Jet Pejuang Berbunyi Talbiah Didakwa Persenda Islam


Isu penghinaan terhadap agama suci Islam dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, terutama di sepanjangn tahun 2015 yang baru melabuhkan tirainya, semalam.

Bukan setakat warga dunia menyalahkan Islam atas segala keganasan yang berlaku di atas muka bumi, malahan, mereka turut mempersendakan banyak perkara lain berkaitan Islam.

Terbaharu, di What Com County, Washington, Amerika Syarikat, seorang lelaki, Bjorn Thorpe, terkejut apabila mendapati alat permainan jet pejuang yang dibeli untuk anak buahnya mengeluarkan satu bunyi yang pelik. Hadiah itu dibelikan untuk anak buahnya sempena dengan perayaan Krismas lalu.

Dia mendakwa membeli permainan tersebut di laman web terkenal, Amazon, telah menghasilkan bunyi yang pelik yang dirasakannya sebagai perkataan daripada bahasa Arab.

“Saya menghormati semua agama, namun perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kepada permainan kanak-kanak.”

Bjorn Thorpe
Menurut Nadeem Israr, yang merupakan Presiden Persatuan Islam What Com County berkata, bunyi tersebut merupakan talbiah  yang sepatutnya dibacakan ketika menunaikan ibadah Haji.

Dia turut berkata bahawa tindakan tersebut adalah merupakan satu tindakan yang salah, tidak sesuai dan tidak wajar berlaku.

Walaubagaimanapun, syarikat alat permainan tersebut, WolVol yang tidak mahu bertanggungjawab telah menyalahkan pengeluar alat permainan tersebut. 


Selain itu juga, pihak Amazon sendiri sehingga kini belum mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap isu ini.

Thorpe juga mengharapkan agar wangnya akan dikembalikan oleh pihak Amazon supaya dia dapat menggantikan permainan yang baharu untuk anak buahnya itu. -Kedahnews.com