Alvin Kata Gadis Bertudung Ini Sanggup Jadi Isterinya Jika Dia Peluk Islam

Di sebalik kontroversi yang sering dicetuskan blogger seks Alvin Tan hingga mencetus kemarahan umat Islam di Malaysia, dikatakan ada juga gadis Melayu yang sanggup menjadi isterinya jika lelaki itu mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

Alvin, cukup dikenali dengan provokasi melampaunya terhadap agama Islam termasuk pernah menghina amalan berpuasa, kalimah Allah, laungan azan dan aurat muslimah.

Akibat sikapnya yang kurang ajar, biadap hingga ke tahap melampaui batas itu, maka banyak laporan polis dibuat terhadapnya sehingga tindakan undang-undang terpaksa diambil dan mengheretnya ke muka pengadilan.

Malangnya lelaki yang mendakwa dirinya "terlalu berani" itu dalam diam-diam telah melarikan diri, menyusup ke luar negara.

Dia kini sedang berada di Amerika Syarikat dan cuba mendapatkan perlindungan suaka selepas melanggar undang-undang Malaysia.

Terbaharu, Alvin berkongsi status di laman sosial mendakwa dirinya dilamar oleh seorang gadis Melayu yang bertudung litup, dikenali sebagai Zay El Farasha.

Gadis itu difahamkan berniat untuk jadi isterinya jika Alvin bergelar Muslim satu hari nanti.

Kami tidak tahu sejauh mana kebenaran yang dikatakan Alvin itu dan mungkin gadis berkenaan sengaja "dikenakan" lelaki yang pernah merosakkan anak dara sebangsa dengannya yang bernama, Vivian. –Kedahnews.com