Mat Sabu |
ALOR SETAR - Semua ahli Parti Amanah Negara (Amanah) di seluruh negara diarahkan untuk bekerja lebih keras selama 16 jam sehari untuk menerangkan perjuangan Pakatan Harapan kepada rakyat di negara ini.
Presidennya, Mohamad Sabu menegaskan bahawa beliau memberi arahan itu bagi memastikan Amanah memberi sumbangan sebanyak mungkin dalam Pakatan Harapan walaupun baru berusia tiga bulan.
Kata Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sekiranya Amanah kuat, maka parti sekutu mereka PKR dan DAP juga akan turut kuat, serta membolehkan gabungan parti pembangkang tanpa PAS itu "memiliki" Putrajaya.
"Kami akan bekerja kuat, dalam pilihan raya akan datang lihatlah kekuatan kami. Apabila Amanah kuat, PKR dan DAP akan kuat, Putrajaya kita punya.
"Kami berjanji akan memberi sumbangan semaksima mungkin.
"Saya dah arahkan semua pimpinan tertinggi dan peringkat negeri bekerja sekurang-kurangnya 16 jam sehari untuk memastikan kejayaan.
"Termasuklah di kedai kopi, surau, madrasah, pejabat... hari-hari cakap hal Pakatan Harapan," katanya ketika berucap di di Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan, di Shah Alam, semalam. -Kedahnews.com