Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak |
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak akan memohon maaf kerana mengambil setiap langkah yang perlu untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia daripada sebarang aktiviti keganasan.
Ini termasuk langkah meluluskan beberapa undang-undang seperti Akta Majlis Keselamatan Negara, Akta Pencegahan Keganasan (Pota) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) yang telah dikritik oleh sesetengah pihak kerana kononnya melanggar kebebasan awam.
"Saya tidak akan meminta maaf kerana mengambil setiap langkah untuk memelihara keselamatan...keselamatan semua rakyat Malaysia keutamaan saya.
"Kita tidak akan tunggu perbuatan kejam berlaku sebelum semua langkah yang perlu dilakukan tersedia," katanya kepada perwakilan di Persidangan Antarabangsa Deradicalization dan Menangani Keganasan Melampau 2016 di sini, Isnin.
Najib berkata cara terbaik untuk menegakkan kebebasan awam adalah dengan memastikan keselamatan negara.
"Kita berhak untuk bercakap tentang keseimbangan antara kebebasan awam dan keselamatan negara.
"Tetapi, biarlah saya beritahu anda begini. Tidak ada kebebasan awam di bawah Daesh (nama lain kumpulan militan Negara Islam), dan tidak ada perlindungan terhadap mereka yang melakukan tindakan keganasan," katanya.
Perdana Menteri berkata ancaman IS adalah ketara, sambil menambah bahawa beliau tidak akan membenarkan Malaysia menjadi seperti sesetengah negara-negara yang berada di bawah serangan pengganas tetapi tidak mempunyai undang-undang yang sesuai untuk menangani masalah itu dengan segera.
Sumber: mStar