Gambar Hiasan |
Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Supritendan Chong Boo Khim berkata dalam kejadian pada Rabu lalu kira-kira pukul 10 malam, mangsa yang berumur 30-an dikatakan berada di dalam sebuah stor bangunan tempat kerjanya sebelum pintu stor berkenaan diketuk suspek dari luar.
“Mangsa yang sedang bertugas kemudiannya membuka pintu berkenaan dan terkejut kerana lelaki berkenaan tiba-tiba menumbuk di bahagian kepala mangsa sebelum menolak mangsa sehingga kepala mangsa terkena almari.
“Suspek kemudiannya menindih badan mangsa.
"Mangsa cuba menjerit namun mulutnya ditutup dengan tangan suspek, mangsa kemudiannya mengigit jari suspek sebelum menolak suspek dan melarikan diri sebelum dibantu seorang rakan setugasnya yang lain,” katanya dalam sidang media di sini semalam.
Chong berkata mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada keesokan harinya iaitu pada Khamis, pukul 4 petang.
“Suspek kemudiannya ditahan oleh anggota keselamatan TLDM sebelum ditahan pihak polis kira-kira pukul 10 malam Khamis untuk menjalankan siasatan lanjut.
“Ketika ditahan, suspek mempunyai kecederaan di bahagian ibu jari tangan kanan dipercayai akibat digigit dan kesan calar di bawah bibir kanan,” katanya.
Chong berkata mangsa dan suspek saling mengenali antara satu sama lain.
Beliau berkata suspek kini ditahan dan direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. – BERNAMA