Anjing Dikejarkan Ke Hospital, Tercekik Tertelan Teddy Bear


Seekor anjing di Canterbury, Kent, England dibedah gara-gara tertelan anak patung beruang (teddy bear).

Anjing berkenaan dibawa ke hospital veterinar di Canterbury setelah orang ramai melihatnya berada dalam keadaan kesakitan dan tidak bermaya.

Anak patung yang ditemui dalam perut Ramsez
Setelah menjalankan pemeriksaan, doktor mendapati bahagian perut anjing itu perlu dibedah kerana didapati terdapat satu objek seperti gumpalan benang di dalamnya.

Difahamkan bahawa rupa-rupanya objek itu adalah anak patung beruang berukuran 15 cm panjang, dipercayai ditelan anjing tersebut kerana lapar.

Walaubagaimanapun, anjing yang diberi nama Ramsez ini selamat dibedah dan kini berada di bawah jagaan pusat pemeliharaan haiwan Dogs Trust Charity. –Kedahnews.com