Tun Abdul Razak Hussein merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri selama 13 tahun dan kemudian menjadi Perdana Menteri pada tahun 1970. Walau bagaimanapun, beliau meninggal dunia setelah hanya lima tahun setengah memegang jawatan.
Tun Dr Ismail Abdul Rahman pula adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Malangnya, beliau meninggal dunia tiga tahun kemudian, dua tahun setengah sebelum Tun Razak meninggal dunia. Beliau tidak pernah menjadi Perdana Menteri.
Tun Dato ‘Hussein Dato’ Onn merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke tiga. Beliau mengambil alih apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia dan dua tahun setengah kemudian menjadi Perdana Menteri apabila Tun Razak meninggal dunia. Boleh dikatakan beliau ‘naik’ di antara dua kematian.
Tun Hussein menjadi Perdana Menteri pada Januari 1976 tetapi beliau tidak melantik Timbalannya sehingga Mac. Itu adalah kerana dia mahu Tun Muhammad Ghazali Shafie sebagai timbalannya tetapi tiga Naib Presiden Umno membantah. Tun Hussein telah diminta untuk memilih Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Abdul Ghafar Baba, atau Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai timbalannya.
Tengku Razaleigh mendapat undian tertinggi tetapi beliau mahu melangkaui giliran supaya beliau boleh memberi tumpuan kepada urusan yang belum selesai. Oleh kerana latar belakang pendidikannya, Tun Ghafar dianggap tidak begitu sesuai. Justeru itu, Dr Mahathir dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke empat. Dr Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri selama lima tahun setengah.
Apabila Tun Hussein meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, Dr Mahathir mengambil alih. Dr Mahathir mempunyai empat Timbalan Perdana Menteri.
Mula-mula Dr Mahathir melantik Tun Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke lima. Beliau meletakkan jawatan lima tahun kemudian.
Kemudian Tun Ghafar mengambil alih jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke enam dan disingkirkan enam tahun kemudian.
Anwar Ibrahim kemudiannya mengambil alih sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh dan disingkirkan lima tahun kemudian.
Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih selepas itu sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke lapan selama lima tahun.
Apabila Tun Abdullah mengambil alih jawatan Perdana Menteri beliau melantik Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke sembilan. Beliau memegang jawatan itu selama lima tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.
Apabila Najib menjadi Perdana Menteri beliau melantik Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ke sepuluh. Beliau memegang jawatan hanya selama lima tahun setengah.
Dan sekarang kita ada Ahmad Zahid Hamidi yang telah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke sebelas selama lima bulan.
Sebelas Timbalan Perdana Menteri di bawah enam Perdana Menteri. Statistik Timbalan Perdana Menteri yang berjaya menjadi Perdana Menteri tidak begitu menarik. Kebanyakan daripada mereka cuma bertahan sebagai Timbalan Perdana Menteri lebih kurang lima tahun sahaja, tetapi jika mereka mampu melepasi tempoh lima tahun,maka mereka berpeluang menjadi Perdana Menteri. Jika tidak, mereka hanya akan menjadi salah seorang daripada Timbalan Perdana Menteri yang tidak berjaya menjadi Perdana Menteri.
Soalan yang perlu kita tanya adalah, mampukah Zahid menjadi Perdana Menteri? Saya rasa kita juga perlu tanya sama ada Zahid mampu melepasi tahun 2020 atau sama ada kerjaya beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri akan berakhir ketika itu.
Zahid mungkin menjadi Timbalan Perdana Menteri tetapi kedudukannya masih belum terjamin. Beliau masih lagi bukan Timbalan Presiden UMNO. Zahid perlu menjamin kedudukannya sebagai Timbalan Presiden pada Pemilihan Parti tahun 2018. Tetapi jika seseorang mencabar beliau dan menang, Najib akan berada di bawah tekanan untuk melantik Timbalan Presiden UMNO yang baru sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk menggantikan Zahid.
Situasi yang sama dihadapi oleh Tun Hussein, di mana parti tidak memberinya pilihan untuk memilih timbalannya. Dan Najib mungkin tidak mempunyai pilihan untuk menentang apa yang dimahukan parti. Jika parti mengundi orang lain, bukan Zahid sebagai Timbalan Presiden, bermakna parti telah mula ‘bersuara’.
Jadi, Zahid mempunyai lebih kurang dua tahun setengah untuk berusaha dalam menjamin kedudukannya sebagai Timbalan Presiden parti. Jika tidak, beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri hanya selama tiga tahun dan tidak akan menjadi orang nombor dua Najib pada tahun 2020. Dan jika Zahid gagal menjadi Timbalan Presiden, semuanya akan berada di luar kawalan Najib, dan terletak di tangan parti.
Zahid perlu melepaskan jawatannya sebagai Naib Presiden untuk jawatan Timbalan Presiden. Dan jika beliau gagal menjadi Timbalan Presiden, beliau akan berakhir tanpa apa-apa. Timbalan Presiden yang baru dan tiga Naib Presiden akan menekan Najib untuk menggantikan Timbalan Perdana Menteri.
Dua tahun yang akan datang memang menarik untuk dilihat. Kita tidak pasti sama ada terdapat individu yang akan menentang Najib untuk jawatan Presiden parti. Itu mungkin akan berlaku, seperti pada tahun 1987. Tetapi jawatan Timbalan Presiden sudah semestinya akan dipertandingkan.
Adakah Muhyiddin akan mempertahankan jawatannya? Adakah beliau akan dipecat dari parti sebelum itu? Adakah Zahid akan menjadi Pemangku Timbalan Presiden ketika itu? Adakah Muhyiddin tidak akan mempertahankan jawatannya, dan seterusnya jawatan Timbalan Presiden akan menjadi jawatan yang kosong untuk diisi oleh sesiapa? Adakah jawatan Timbalan Presiden yang kosong itu akan dibuka untuk dua, tiga, empat atau lebih pesaing?
Masih terlalu awal untuk saya bertaruh. Tetapi satu perkara yang pasti iaitu Zahid perlu bertanding jawatan Timbalan Presiden, dan beliau mesti menang jika beliau tidak mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri hanya untuk tiga tahun dan tidak mampu menyandang jawatan Perdana Menteri selepas tahun 2020.

Sumber: Malaysia Today