Arja Lee Mahu Cari "Datuk" Kaya Jadi Isteri, Tumpang Senang


PELAKON Arja Lee yang namanya baru-baru ini hangat diperkatakan berikutan penyebaran videonya sedang menimbang bola dengan hanya berseluar dalam, menyatakan dia merancang untuk berkahwin dalam masa dua tahun lagi.

Namun kata pelakon itu, dia memilih wanita berharta untuk dijadikan sebagai suri hidupnya nanti.

“Kalau wanita boleh mencari pasangan yang bergelar Datuk terutama dari golongan ahli perniagaan untuk menjamin kebahagiaan di samping kewangan yang stabil, kenapa golongan lelaki tidak boleh mempunyai harapan yang sama?” kata Arja atau nama sebenarnya Azharuddin Ramli itu dipetik menerusi laporan sebuah akhbar harian baru-baru ini.

Dengan itu kata Arja, dia boleh menumpang kesenangan harta wanita yang menjadi isterinya itu.

“Sebab itulah saya mahukan seorang wanita yang berharta, ada kedudukan supaya boleh menumpang kesenangannya. Semestinya, bukan itu sahaja ciri-ciri wanita idaman saya, malah bakal isteri haruslah cukup sifat wanitanya serta solehah.

“Kalau boleh, si dia bukanlah dari kelompok selebriti atau artis. Cukuplah sekadar berkemampuan tetapi sederhana peribadinya dari kalangan orang biasa,” katanya. -Kedahnews.com