ALOR SETAR - “Tolong doakan anak saya,” demikian permintaan bapa bayi tiga bulan, AlFateh Ashraf, yang masih koma sejak Selasa lepas.
AlFateh masih tidak sedarkan diri selepas ditemui dalam keadaan lemah dengan beberapa kesan lebam di tubuh badan sewaktu diambil ibu bapanya dari sebuah taska di Jitra.
Bapanya, Ashraf Abdullah, 35, berkata, anak bongsunya perlu bergantung kepada sokongan mesin selepas dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
“Buat masa ini, AlFateh tidak menunjukkan sebarang perubahan. Dia perlu bergantung kepada mesin dan ubat-ubatan,” katanya.
Bayi malang terbabit kini di bawah jagaan rapi Pakar Pediatrik dan Pakar Neurosurgery, setelah dilaporkan koma di taska dan dimasukkan ke wad penjagaan rapi kanak-kanak HSB.
Melalui pemeriksaan imbasan CT (CT scan) dipercayai berlakunya pendarahan di bahagian otak bayi berkenaan.
Sumber: Sinar Harian