Bakal Suami Serah Segala Persiapan Perkahwinan Pada Lady Gaga


PENYANYI yang dianggap sering berketerampilan pelik dan sensasi, Lady Gaga, bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi.

Gaga, 29, akan melangsungkan perkahwinannya dengan pelakon dan model terkenal, Taylor Kinney, 34.

Kinney, pelakon yang membintangi filem The Forest, Rock The Kasbah dan The Other Woman mendedahkan berita perkahwinan itu kepada People Magazine baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, tarikh majlis perkahwinan tersebut dirahsiakan oleh Kinney. 

Dia juga menceritakan bahawa segala persiapan dan tema diserahkan 100 peratus kepada Gaga untuk membuat keputusan.

Lady Gaga dan Taylor Kinney bertunang pada (Hari Kekasih) Valentine Day tahun lalu.

Gaga dan Kinney bertunang pada Hari Kekasih (Valentine’s Day) tahun lalu selepas Kinney memberikan Gaga sebentuk cincin berbentuk hati.

Mereka telah bersama sejak tahun 2011 selepas pasangan tersebut bertemu sewaktu penggambaran video muzik You and I. – Kedahnews.com