KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin memperoleh perintah tahanan reman terhadap dua lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang berhubung isu perlombongan bauksit.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, perintah reman selama enam hari terhadap suspek yang berusia 51 dan 57 tahun itu dikeluarkan Majistret Noor Aisah Mohamed di sini.
Suspek merupakan antara enam pegawai PTG yang dipanggil ke pejabat SPRM di sini pada Ahad, untuk memberi keterangan berhubung isu penjualan Borang Pemindahan Mineral (Borang 13D) kepada pengusaha lombong haram.
Borang itu yang disebut sebagai docket oleh penduduk setempat, dikeluarkan PTG dengan bayaran RM1, namun siasatan SPRM mendapati ia dijual pada harga antara RM150 dan RM200 setiap satu.
Penahanan terbaharu ini menjadikan jumlah kesemua mereka yang ditahan SPRM dalam isu ini kepada sembilan orang terdiri daripada enam pegawai PTG dan tiga orang awam. - Bernama