Gambar Hiasan |
KUALA NERUS – Hanya dengan membayar 5 juta rupiah (RM1,575) kepada tekong bot, seorang wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya memasuki perairan negara untuk mencari pekerjaan.
Suriyati Suparman, 35 dari Surabaya, Indonesia berkata walaupun terpaksa menanggung risiko ditangkap pihak berkuasa, beliau tetap memperjudikan nasibnya demi menyara dua anaknya yang masih bersekolah.
“Saya datang ke sini dua tahun lalu dengan menaiki bot dan saya bayar 5 juta rupiah kepada tekong sebab nak cari kerja di sini, mereka (tekong) kata kerja di sini gajinya lumayan…sebab itu saya datang sini.
“Saya tahu cara saya salah, tapi saya dah bercerai dengan suami, anak pula semakin besar. Jadi, saya terpaksa datang ke sini untuk mencari nafkah untuk menanggung anak yang berumur tujuh dan 16 tahun yang kini dijaga nenek mereka,” katanya.
Suriyati ditemui pemberita selepas ditahan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Terengganu di sini malam tadi.
Suriyati berkata beliau yang bekerja sebagai tukang masak memperoleh pendapatan sekitar RM1,000 sebulan dan gajinya dikirim kepada dua anaknya setiap hujung bulan.
Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Terengganu, Ahmad Salihin Salleh berkata seramai 218 PATI diperiksa dalam operasi yang dijalankan selama enam jam di lima rumah kongsi tapak pembinaan di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
“Daripada jumlah itu, seramai 92 PATI yang berumur antara 17 dan 50 tahun ditahan. Mereka terdiri daripada 40 warga Bangladesh, Myanmar (35), Indonesia (14), Pakistan (dua) dan seorang dari Vietnam.
“Mereka akan didakwa mengikut Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa dan menyalahguna pas lawatan sosial,” katanya.
Ahmad Salihin berkata kesemua mereka dibawa ke Depoh Tahanan Sementara Imigresen Ajil untuk tindakan lanjut.
“Operasi ini merupakan operasi ketiga sejak awal bulan ini selepas Kemaman dan Besut. Daripada tiga operasi ini kita berjaya menahan seramai 130 PATI,” katanya.
Operasi disertai 25 pegawai dan anggota imigresen serta tujuh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu. – BERNAMA