Beg Mencurigakan Ditemui Di SgPetani, Polis Cari 2 Lelaki, Moskito PGN1273


SUNGAI PETANI - Pihak polis sedang mengesan dua individu lelaki, bagi membantu siasatan berhubung tiga kes penemuan beg mencurigakan di beberapa lokasi di sekitar Sungai Petani baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata kedua-dua lelaki terbabit menaiki skuter jenis Moskito 125RX dengan nombor pendaftaran PGN1273.

"Pemeriksaan terhadap nombor plat skuter terbabit mendapati ia adalah palsu," katanya kepada Bernama, hari ini.

Mereka yang mempunyai maklumat berkenaan individu terbabit diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuala Muda, Deputi Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail di talian 04-4299223 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sebelum ini, beberapa buah beg mencurigakan ditemukan, bermula di Taman Ria Jaya pada 21 Jan serta di Flat Paya Nahu dan Taman Bersatu pada 23 Jan, bagaimanapun, selepas pemeriksaan lanjut mendapati beg itu kosong. - Bernama