SALAH satu cara paling berkesan untuk melangsingkan badan adalah dengan minum sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2 liter air kosong sehari.
Nampak mudah, namung memang agak menyeksakan bagi mereka yang kurang gemar minum air kosong, bukan?
Maka sebab itulah rata-rata kita lebih cenderung minum minuman manis dan bersusu dek kerana tak tahan dengan rasa air kosong yang tawar mawar.
Namun kini anda tidak perlu susah hati lagi dengan adanya sebuah produk revolusi baru ini: ‘The Right Cup’.
Ya! The Right Cup ini merupakan sebuah cawan yang direka khas untuk ‘menipu’ mereka yang berdiet dengan memberikan sensasi baru dalam setiap tegukan air kosong yang diminum.
Cawan ini mempunyai lapisan dalaman yang hampir menyamai aroma buah-buahan manis sekaligus memuaskan keinginan untuk minum minuman manis seperti jus buahan atau air berkarbonat, tanpa kalori berlebihan.
Fungsi The Right Cup ini berdasarkan premis asas bahawa 80 peratus daripada deria rasa dan proses menikmati makanan dicetus oleh deria bau terlebih dahulu.
Bahan yang digunakan dalam pembuatan cawan ini adalah 100 peratus bebas bahan kimia BPA serta mempunyai bahan pelepasan aroma di bahagian dalam cawan tersebut.
Walau bagaimanapun, cawan ini masih belum dijual di pasaran dan masih menunggu untuk dikilangkan. –Kedahnews.com