Donald Trump |
IOWA - Calon presiden daripada Parti Republikan, Donald Trump sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan melampau dan mendabik dada.
"Saya boleh berdiri di tengah-tengah Fifth Avenue dan menembak seseorang, dan saya tidak akan kehilangan sebarang undi," katanya.
Trump membuat kenyataan itu ketika berkempen di Sioux Center, di sini.
Ini bukan kali pertama Trump, 69, mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Sebelum ini ahli perniagaan terkemuka itu kerap menggunakan retorik anti-Islam ketika berkempen.
Beliau juga menggunakan sentimen berbaur perkauman dengan melabel migran Mexico sebagai perogol dan pengedar dadah.
Ketika ditanya pesaingnya Senator Ted Cruz mengenai gelagat Trump itu, dia hanya menggelang kepala.
"Saya akan biar Trump bercakap untuk dirinya sendiri.
"Apa yang saya mahu katakan, saya tiada niat menembak sesiapa sepanjang kempen ini," katanya. - Reuters