Che Ta Beri Habuan Nissan GTR Pada Anak Keduanya Jika...


JIKA sebelum ini, Rozita Che Wan pernah menghadiahkan sebuah kereta jenis BMW kepada anak sulungnya, Ammar Effendy, kini dia berniat untuk membelikan kereta jenis Nissan GTR pula buat anak keduanya, Aniq Ezzra.

Ammar berjaya mendapat kereta idamannya ini atas tiket berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa tahun lalu.

Kini, Aniq, 18, yang sedang menunggu keputusan peperiksaannya ini bakal diberikan Nissan GTR sekiranya keputusan peperikasaannya cemerlang seperti abangnya.


“Aniq mahu dibelikan kereta Nissan GT-R. Jadi, saya cakap boleh jika dapat 9A1 dalam SPM. Insya Allah, saya yakin dia mampu memperoleh keputusan begitu memandangkan keputusan percubaan SPM lalu mencapai sasaran,” kata Che Ta yang dipetik dari myMetro.

Pelakon yang juga merupakan isteri kepada pelakon, Zain Saidin, 31, juga berkata, “Dulu saya tidak menikmati seperti anak saya dapat hari ini. Jadi, apabila saya diberikan rezeki lebih, tidak salah jika saya berbelanja untuk mereka. Namun, untuk mendapatkan apa diinginkan, mereka perlu berusaha.”

Selain Ammar dan Aniq, Che Ta, 43, juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana, 1, hasil perkahwinannya dengan Zain. -Kedahnews.com