Cinta Tetap Bangga Jadi Warga Indonesia, Takkan Jadi Warga Amerika Syarikat

Cinta Laura
Aktres kacukan Indonesia -Jerman, Cinta Laura menegaskan dia tidak akan sesekali mengubah status kewarganegaraannya meskipun kini telah menetap di Amerika Syarikat.

Cinta yang kini tinggal di negara "Uncle Sam" itu adalah untuk tujuan menyambung pengajiannya di peringkat yang lebih tinggi.

Menurtut laporan portal terkenal Indonesia, Kapanlagi.com, aktres itu turut meluahkan rasa kesal apabila ramai yang beranggapan dia sudah mengubah kerakyatannya menjadi rakyat Amerika Syarikat hanya gara-gara disebabkan dia menetap di negara itu.

"Saya tidak akan tukar kewarganegaraan saya. Saya kesal dengan kewujudan khabar angin itu. Tetapi saya tidak peduli dengan apa yang orang kata.

"Saya masih berbangga kerana menjadi rakyat Indonesia kerana ibu saya orang sini. Tetapi pada masa sama saya juga berbangga mempunyai darah Jerman yang diwarisi ayah saya," tegasnya.

Seperti yang berlaku di kalangan warga netizen di Malaysia yang cepat percaya dan menyebarkan khabar angin, tidak kalah juga netizen Indonesia yang kecoh mendakwa tentang sesuatu yang tidak benar di negara mereka. -Kedahnews.com