Darth Vader, Stormtroopers Sambut Murid Di SK Kubang Kerian


Setiap kali hari pertama persekolahan pada setiap tahun, pastinya gelagat pelajar tahun satu menjadi perhatian ramai dengan ada aksi-aksi menangis gara-gara enggan berpisah dengan ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, pihak sekolah tidak ketinggalan cuba sedaya upaya mencari idea baru supaya murid-murid yang baru memasuki sekolah tidak berasa takut malah gembira untuk menuntut ilmu di sana.

Menariknya, Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3, Kota Bharu Kelantan kali ini menampilkan kelainan apabila membawakan dua watak dalam filem Star Wars pada hari pertama persekolahan dibuka, semalam.

Dua watak berkenaan, Darth Vader yang berpakaian hitam dan Stormtroopers, berpakaian putih nyata berjaya menarik perhatian 1,360 murid terutama 252 murid Tahun Satu yang mula melaporkan diri di sekolah berkenaan.


Guru Besar SK Kubang Kerian 3 Seri Dewi Mohd Ibrahim berkata idea untuk membawa dua watak Star Wars itu timbul ketika pihak sekolah mengadakan satu mesyuarat di sebuah hotel di sini.

Tindakan itu telah mendapat pujian ramai pihak, yang berpendapat pihak sekolah sangat kreatif dan sporting memilih jalan untuk menarik minat pelajar baru yang sedih apabila ditinggalkan di sekolah. -Kedahnews.com


1
2
3
4