Norashikin bersama suaminya dan salah seorang anak mereka |
BALING - Seorang wanita yang menderita penyakit jantung merayu pihak hospital agar dapat mempercepatkan proses pembedahannya.
Norashikin Idris, 34, yang berasal dari Kampung Charok Gorok berkata, dia menderita penyakit jantung sejak 13 tahun lalu dan memerlukan pembedahan segera untuk pemasangan bateri.
Menurutnya, pembedahan yang sepatutnya dilakukan pada 18 November tahun lalu ditunda oleh pihak hospital.
“Sebelum ini, dua kali pembedahan tidak dapat dilakukan iaitu pada Jun dan Julai tahun lepas kerana pihak hospital mahu saya menyediakan dahulu bayaran kos perubatan RM15,000.
“Namun, untuk kali ketiga pihak hospital masih tidak dapat menjalankan pembedahan biarpun bantuan RM15,000 diluluskan oleh Yayasan Kebajikan Masyarakat Alor Setar," katanya di sini, semalam.
Norashikin berkata, akibat penangguhan pembedahan itu, kesakitan yang dialaminya bertambah buruk dan perlu bergantung kepada ubat-ubatan yang diterima daripada pihak hospital.
Malah katanya, sehingga kini pihak hospital masih belum memberi sebarang jawapan mengenai pembedahan itu.
“Untuk kurangkan rasa sakit, saya menggunakan ubat kolesterol dan cair darah yang diberi oleh pihak hospital, hanya itu yang saya mampu buat untuk tahan sakit di bahagian jantung.
“Jantung saya kerap berdenyut kuat disusuli dengan rasa sakit dan rasa pedih, jika buat apa-apa kerja bertambah sakit,” katanya.
Bagaimanapun atas desakan hidup, ibu kepada empat anak yang berumur dalam lingkungan enam hingga 12 tahun terpaksa mengetepikan kesihatannya dengan membantu suaminya menoreh setiap hari.
Menurutnya, tindakan itu bukan dilakukan kerana paksaan, sebaliknya dia sekadar mahu meringankan beban suami yang terpaksa bergantung kepada upah menoreh bagi menampung perbelanjaan keluarga.
“Saya juga ada terima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM150 sebulan, tapi itu tidak mencukupi untuk menampung kehidupan kami.
“Jadi jika keadaan mengizinkan, saya akan membantu suami menoreh setiap hari tetapi dengan kesihatan terhad, saya menolongnya mengikut kemampuan diri,” katanya.
Suaminya, Rohaizat Mansor, 35, berkata, dia berasa terkilan dengan pihak berkenaan kerana masih belum memberi tarikh sebenar pembedahan walaupun pernah dimaklumkan oleh pihak hospital isterinya perlukan alat sokongan bateri.
Rohaizat berkata, dia berharap pihak hospital dapat mempercepatkan pembedahan buat isterinya.
“Saya harap pihak berkenaan dapat meringankan beban kami dengan melakukan pembedahan secepat mungkin,” katanya.
Bagi mana-mana pihak yang bersimpati ke atas pasangan ini boleh menghulurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) di nombor akaun 02118-29-00021089-6 di atas nama Rohaizat Mansor.

Sumber: Sinar Harian