Donat "Emas" Sebiji Berharga RM400, RM4,800 Untuk Sedozen?

Golden Cristal Ube Donut
Di alaf ini, sebarang benda atau perkara boleh dihasilkan dan mampu dijual walaupun kadang kala harganya melampau-lampau.

Contohnya donut bersalut emas yang dijual dengan harga yang mungkin tidak mampu dibayar oleh rakyat Malaysia kecuali yang kaya raya dan tidak tahu apa hendak dibuat dengan duit berkoyan-koyan yang dimiliki.


Donut bersalut emas ini dikatakan antara barang atau makanan termahal yang dihasilkan di dunia.

Donut tersebut disalut dengan emas dan icing dibuat daripada kristal, serta bahagian intinya  diisi "ube mousse" dan jeli champagne, yang menandakan mungkin ia tidak halal untuk dijamah umat Islam.

Dikenali sebagai "Golden Cristal Ube Donut", ia dijual di sebuah restoran mewah di kota New York yang dikenali sebagai Manila Social Club.

Manila Social Club
Manila Social Club
Walau bagaimanapun, dilaporkan bahawa ada di kalangan penduduk tempatan di sana yang sanggup membayar USD1,200 (RM4,800) untuk sedozen donut ini. -Kedahnews.com