Empat ditahan dalam serbuan penguat kuasa AADK di sebuah rumah di Kampung Berapit |
TIKAM BATU - Empat remaja lelaki berusia 15 hingga 24 tahun antara yang ditahan terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan dijalankan Unit Penguatkuasaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Muda, di sini, kelmarin.
Serbuan dijalankan di sebuah rumah di Kampung Berapit kira-kira jam 11 pagi melibatkan kekuatan lima anggota penguat kuasa.
Pengarah AADK Kedah, Mohammad Nazer Mustafa berkata, bertindak atas satu aduan daripada penduduk berkenaan satu aktiviti penagihan dan penjualan dadah di sebuah rumah kampung, pihaknya berjaya menahan empat remaja dipercayai datang untuk membeli serta menagih dadah.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, rumah kampung berkenaan menjadi tempat persinggahan anak muda yang mahu melepaskan gian.
"Ketika serbuan dijalankan, pemilik rumah yang juga merupakan tokan bergerak aktif di kawasan Tikam Batu dan kawasan sekitar.
"Rumah itu turut dijadikan tempat pengumpulan pisang yang belum masak dipercayai dicuri di sekitar kampung berpandukan aduan penduduk yang pernah terlihat kelibat individu mencuri dan menjualnya di situ," katanya.
Mohamad Nazer berkata, ketika serbuan, tokan utama itu didapati sempat meloloskan diri melalui pagar besi di belakang rumah.
"Empat suspek yang gagal meloloskan diri berjaya diberkas di mana dua daripadanya berada di dalam tandas sedang melepaskan gian.
"Berdasarkan saringan urin, kesemua mereka positif dadah jenis methamphetamin. Mereka juga dipercayai bekerja sebagai buruh am ditahan dibawa ke Pejabat AADK Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983," katanya.

Sumber: Sinar Harian