Erin Malek Dikatakan "Berhijrah", Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya?


Sejak akhir-akhir  ini, pelakon Erin Malek dikatakan sering memuatnaik gambarnya memakai tudung litup di laman sosial sehingga menimbulkan telahan bahawa dia kini sudah berhijab sepenuhnya.

Yang terkini, di gambar profil Instagramnya juga, Erin dilihat mengepilkan fotonya bertudung sebagai pengenalan kepada laman sosial miliknya itu.

Sekiranya benar perkhabaran tersebut, maka syukur alhamdulillah kita ucapkan kepada Allah SWT, dan semoga Erin terus istiqamah dengan perubahannya itu.

Sejak berkahwin dan melahirkan anak sulung Mohd Faliq 1 Oktober lalu, Erin belum kembali bergiat aktif dalam bidang lakonan yang menjadi sumber rezekinya sebelum ini. – Kedahnews.com