Diva jelita tanahair, Erra Fazira yang dikatakan kononnya telah dipinang oleh penyanyi, Shahir baru-baru ini tampil membuat menafikan fitnah yang dilemparkan terhadapnya itu.
Erra turut menjelaskan bahawa dia sebenarnya tidak berada di Malaysia dan sangat mustahil untuk pertunangan itu diadakan tanpa dirinya berada di majlis pertunangan sebagaimana yang digembar-gemburkan.
“Bila masa pula Shahir masuk meminang? Saya tengah kerja di Chiang Mai,” katanya dalam satu kenyataan kepada sebuah portal online.
Jelitawan yang pernah dinobatkan sebagai Miss Malaysia itu difahamkan kini sedang berada di Thailand dan sibuk menjalani penggambaran filem "Soulmate" dan dijadualkan pulang ke tanahair minggu ini.
Sebelum ini Erra beberapa kali digosipkan dengan Shahir sehingga menyebabkan dia 'rimas' dengan cerita yang direka-reka tersebut. -Kedahnews.com