Exco Kedah Tarik Balik Posting Di Facebook, Perjelas Tindakan Tak Rasional

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Suraya Yaacob
ALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri, Datuk Suraya Yaacob menjelaskan beliau telah bertindak secara melulu dan tidak rasional ketika berkongsi mengesahkan dakwaan sebuah laman page Facebook berhubung isu sidang media UMNO Kedah hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Katanya, beliau membuat pengesahan tersebut ketika "panas hati" dan menyebabkan tindakan tidak rasional berlaku.

Jelas Suraya lagi, "posting" di laman Facebooknya itu telah ditarik balik dan menjelaskan ia dilakukan ketika dirinya "hangat" atas insiden tersebut.

"Apa yang diviralkan dah ditarik balik. Dlm hangat dan panas hati tindakan tidak rasional," jelasnya ringkas di laman Facebooknya sebentar tadi.


Suraya ketika dihubungi Kedahnews.com turut meluahkan kekesalan beliau atas apa yang berlaku.

Sebelum itu, viral disebarkan di laman sosial tentang "posting" Ketua Wanita UMNO Pendang itu yang "mengesahkan" kenyataan sebuah laman page Facebook yang memberikan kenyataan berbaur fitnah terhadap kepimpinan UMNO Kedah.



Bagaimanapun dengan penarikan balik posting tersebut menjelaskan bahawa Adun Sungai Tiang itu tidak bersetuju dan menafikan dakwaan laman page Facebook tersebut. -Kedahnews.com