Fathia Tegaskan Tidak Mahu Lagi Kongsi Cerita Peribadi Pada Umum

Fathia Latiff
Fathia Latiff yang mengakui hubungannya bersama Aiman Hakim telah berakhir beberapa minggu lalu mengatakan dirinya akur dengan apa yang berlaku.

Pelakon itu turut menganggap perkara berkenaan bukanlah suatu penghalang bagi dirinya untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan peribadi dan kariernya sebagai anak seni.

"Setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan sebab kita semua tidak sempurna. Kalau tidak, kita tidak akan belajar apa-apa tentang kehidupan.

"Tetapi saya tidak pernah kecewa andai perancangan saya untuk ubah sesuatu (ke arah kebaikan) dalam hidup itu terbantut di tengah jalan.

"Apabila difikirkan kembali, ada banyak impak yang tidak baik diterima apabila kita terlalu mendedahkan cerita peribadi di media massa.

"Saya perlu menolak untuk berkongsi cerita dengan umum. Kali ini pendirian saya tegas,” tambah Fathia Latiff.

Jika itu keputusan yang diambil Fathia untuk tidak lagi berkongsi kisah peribadinya, maka terpaksalah para peminat menghormati dan menerima keputusan tersebut.... –Kedahnews.com