Fazura Bersara Sepenuhnya Dari Dunia Lakonan Selepas Kahwin

Nur Fazura
SETELAH lebih 10 tahun berada dalam industri seni, aktres jelita Nur Fazura menyatakan hasratnya bahawa dia akan bersara dalam dunia lakonan selepas mendirikan rumah tangga.

Menurut Fazura, ini kerana dia mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada keluarga dan peniagaan yang diusahakan iaitu butik House of Doll.

“Buat masa ini saya memang fokus pada kerja. Kerja, kerja, dan kerja. Bila dah puas kerja, Insha’Allah selepas berkahwin saya mahu berhenti berlakon. Tak mahu berlakon lagi..

“Saya mahu tumpukan kepada perniagaan dan mungkin kerja-kerja belakang tabir sahaja,” ujar Fazura.

Dalam pada itu, pelakon filem Langit Cinta ini mengakui masih lagi belum menemui calon yang sesuai dijadikan suami.

“Setakat ini calonnya belum ada lagi. Tak ada ruang untuk menjalinkan hubungan kerana terlalu sibuk dengan kerja. Tapi jodoh dah dekat, tak tahu siapa dan bila cuma saya dah boleh ‘rasa’,” katanya. –Kedahnews.com