GAMBAR: Civic Type R Garang Habis Dengan Sentuhan Mugen


Pameran automotif, Tokyo Auto Salon 2016 yang akan berlangsung dalam masa beberapa minggu lagi menjadi medan pengeluar kereta dan syarikat modifikasi mempamerkan produk terbaharu mereka.

Honda dan Mugen, tidak ketinggalan dijangka bakal menggegar apabila membawakan lima kereta konsep mereka. Paling mencuri tumpuan pastinya model konsep Civic Type R yang nampak lebih radikal.

Mugen telah merekabentuk dan membangunkan beberapa elemen aerodinamik terbaharu untuk model hatchback tesebut. Ini termasuklah bumper dan jeriji hadapan dengan rekaan baharu beserta corong kemasukan udara.


Elemen segar lain yang disuntik pada Mugen Civic Type R ialah hud, skirting sisi lebih lebar, rim aloi sebelas bilah rekaan terkini warna kelabu gunmetal, sayap belakang dan bumper belakang dengan diffuser baharu.

Kepada peminat tegar Honda, bolehlah membuat perancangan untuk memiliki kereta ini apabila memasuki pasaran Malaysia nanti.

Kami yakin, ramai yang akan lebih berkeyakinan selepas memandunya nanti. –Kedahnews.com